KUALA LUMPUR: Esok bermula secara rasmi proses pilihan raya untuk enam negeri bagi memilih kerajaan baharu masing-masing, dan ahli politik serta pemerhati menjangka bahang pemilihan pada 12 Ogos ini lebih hangat berbanding pilihan raya-pilihan raya terdahulu.
Mereka melihat pilihan raya negeri (PRN) yang melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu itu sebagai pengukur penerimaan rakyat terhadap keputusan pilihan raya umum pada November tahun lepas yang membawa kepada penubuhan kerajaan perpaduan.
Justeru, tidak menghairankan jika sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN kali ini turut menyaksikan parti-parti bertanding menggunakan pelbagai taktik untuk menarik sokongan rakyat, termasuk membangkitkan isu 3R (agama, kaum dan institusi raja).
Sekalipun telah ada pemimpin politik yang diambil tindakan undang-undang kerana menyentuh isu 3R, penganalisis sosiopolitik daripada Universiti Malaya Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi percaya isu itu akan terus dimainkan oleh calon-calon bertanding pada PRN di enam negeri terbabit kerana 3R adalah perkara yang dekat dengan rakyat.
Sehubungan itu katanya, setiap parti bertanding perlu mengeluarkan garis panduan yang harus dipatuhi oleh calon-calon dan pemimpin mereka, agar lebih berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan ketika berkempen.
"Isu 3R boleh dimainkan tetapi ada batasnya, tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang sensitif seperti melibatkan kaum, agama dan institusi raja, jadi mereka yang terlibat dalam berkempen perlu berwaspada.
"(Lebih-lebih lagi) kerajaan (persekutuan) kali ini nampaknya sangat tegas tentang isu 3R apabila ada pemimpi telah didakwa (di mahkamah), barangkali kerana (aspek 3R) membabitkan keharmonian negara," katanya kepada Bernama.
Ketegasan kerajaan persekutuan dalam menangani isu 3R turut dicerminkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang menekankan keperluan mewujudkan unit khas bagi mengendalikan sebarang kenyataan provokatif berkaitan agama, kaum dan institusi raja sepanjang PRN.
Pada Selasa lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata jemaah menteri bersetuju agar Akta Hasutan 1948 disemak semula, khusus bagi melindungi institusi raja daripada dijadikan bahan provokasi.
PERJELASKAN ISU 3R
Sementara itu, pensyarah kanan Program Sains Politik, Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Jamaie Hamil berkata sudah tiba masa satu akta khusus tentang 3R diwujudkan bagi menangani sebarang provokasi yang dicetuskan oleh pelbagai pihak, pada bila-bila masa.
Beliau melihat undang-undang khusus penting kerana akta sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 didapati sukar menangani isu 3R disebabkan oleh ketiadaan takrifan yang jelas.
"Akta sedia ada boleh menguatkuasakan hukuman ke atas kesalahan membabitkan isu 3R, namun usaha itu memerlukan proses dan masa yang panjang dalam perdebatan di mahkamah kerana definisi yang kurang jelas, malah ada kebarangkalian berlaku konflik," katanya.
Menurut beliau, hal itu boleh diatasi dengan undang-undang baharu yang bukan sahaja mempunyai takrifan jelas dan menyeluruh tentang perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti 3R, tetapi turut menggariskan jenis hukuman bersesuaian.
Katanya pewujudan undang-undang baharu itu bukan bermaksud kerajaan mahu menyekat kebebasan bersuara, sebaliknya bertujuan menjaga batas dan keharmonian negara, terutama ketika musim pilihan raya.
Beliau juga melihat potensi istilah 'demokrasi' disalahgunakan jika tidak ada kawalan dan sempadan yang jelas diwujudkan dalam konteks 3R.
"Kalau dalam demokrasi tiada kawalan dan sempadan serta tiada ruang lingkup yang jelas, istilah 'demokrasi' itu boleh disalahgunakan oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan kekalahan dalam sesuatu pilihan raya ataupun pertandingan.
"Contohnya, mereka boleh menggunakan platform media sosial untuk menjadikan 3R sebagai modal apabila tidak berpuas hati dengan keputusan majoriti yang tidak berpihak kepada mereka," katanya.
TIDAK PERLU
Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar bagaimanapun mempunyai pandangan berbeza, dan berkata akta sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah mencukupi bagi mengekang provokasi 3R.
Beliau juga bimbang berlaku pertindihan bidang kuasa jika undang-undang baharu itu diwujudkan.
"Apabila ini berlaku, yang terbeban pada akhirnya adalah media. Semakin lama, semakin susah untuk kita (media) beroperasi," katanya, menambah sebelum 2018, organisasi media di negara ini tidak menikmati kebebasan penuh.
Bagaimanapun kata beliau, selepas 2018, institusi media di negara ini memperoleh sedikit "kesegaran" yang diberikan oleh kerajaan persekutuan pada waktu itu.
Sehubungan itu, kata Johan, kerajaan semasa tidak harus menoleh ke belakang dan perlu menerima hakikat bahawa media memainkan peranan sebagai mulut, mata dan telinga dalam menyampaikan keluh-kesah masyarakat kepada pihak berwajib, tanpa berselindung.
"Mana-mana kerajaan perlu terima hakikat bahawa media harus menyuarakan pandangan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya.
Dalam pada itu, ketika mengulas tentang keperluan menubuhkan unit khas 3R, penganalisis keselamatan dan politik daripada Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata langkah tersebut wajar dengan bersandar pada prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Namun pada masa sama, beliau berkata pemimpin politik juga harus menunjukkan teladan yang baik dengan tidak menyentuh sensitiviti 3R, selain berpegang teguh pada sumpah dan ikrar yang dilafaz semasa mengangkat sumpah jawatan sebagai wakil rakyat.
"Jadi, apabila wujud pihak yang menyentuh perkara 3R dalam masyarakat, maka kita (pemimpin) tidak boleh bertoleransi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023
Menurut Dr Jamaie Hamil, pewujudan undang-undang baharu itu bukan bermaksud kerajaan mahu menyekat kebebasan bersuara, sebaliknya bertujuan menjaga batas dan keharmonian negara, terutama ketika musim pilihan raya. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Terengganu FC menang, tetapi Steinbrukner tidak puas hati prestasi
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.
Permulaan kebangkitan Syafiq Ahmad
Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad bertekad untuk menampilkan persembahan lebih tajam supaya dapat kembali membarisi skuad Harimau Malaya.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih baik - Fahmi
Kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media masih dianggap baik berbanding pemerintahan kerajaan sebelum ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
123 peratus isu 3R direkod pada suku pertama 2024
Aaron Ago Dagang berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan PDRM, sebanyak 162 kes dicatatkan di seluruh negara yang melibatkan pergaduhan antara kaum.
Jangan taksub guna media sosial hingga sebar maklumat palsu berkaitan 3R
Orang ramai diingatkan supaya berfikiran rasional dan tidak terlalu taksub ketika menggunakan media sosial terutama maklumat berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Ahli Parlimen, Senator harus beri contoh terbaik jaga sensitiviti 3R
Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara harus sentiasa memberi contoh terbaik kepada rakyat dalam menjaga keharmonian perpaduan dan menjaga kesensitifan berkait dengan 3R (bangsa, agama dan institusi Dira
'DAP sudah-sudahlah main isu sensitif' - MCA
Neow Choo Seong menasihatkan DAP untuk mencontohi BN sekali gus menunjukkan teladan baik dalam menjaga hati semua pihak.
Langkah MCMC turun kandungan sentuh 3R, iklan judi dalam talian wajar - Pakar
Walaupun Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk mengenai kebebasan rakyat mengeluarkan pendapat, namun ia tidak bersifat mutlak.
Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu tidak boleh diperkatakan.
Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.